ASSALAMUALAIKUM . takjawabdosakalaujawabsayang :) terima kasih .
minta ampun blog aku tinggal kau lama . minta ampun blog kau dah berhabuk bersawang . minta ampun blog dah lama tak share apa-apa . minta ampun blog sumpah aku takda cerita menarik pun nak dicerita .
* * *
ARROGANT ME .
entah kenapa sekarang ramai yang ingat aku dah sombong . bukan sombong . maybe tak sempat nak tegur . punya lah tak konkrit nya alasan aku tak sempat nak tegur tapi tu kot alasan paling sesuai bila aku jarang tegur orang . paling menonjol ketidakteguran keorangan aku bila dengan orang yang lain kelas lain bilik dengan aku . yang sama kelas dengan aku memang tak rasa aku lain . bukan sombong lah just . ehemm . entah nak cakap macam mana . bila kauorang tak tegur aku dulu aku jadi tak terfikir nak tegur kauorang . tu je . seriously if kauorang tegur aku still boleh bergurau tergalak tergedik seperti biasa nya pun . * minta ampun gila kalau aku memang ada tersombong dengan kauorang . if kauorang pun tak reti nak tegur aku so jangan nak sesedap hati lah kan nak label aku sombong . ampun lagi kalau ayat aku terkasar .
* * *
KEJORA DI SMK P3TRA .
kejora stand for kejohanan olahraga . smk p3tra daripada nama sebenar sekolah aku sekolah menengah kebangsaan pusat penyelidikan pertanian tun razak . nak menyebutnya p . p . p . t . r yang agak panjang and makes others mention lain sampai mencarut melalut lain nama sekolah aku jadi entah siapa yang cadangkan jadi p3tra ( petra ) . aku suka nama baru tu . dan aku nak cerita pasal hari kejora tu .
tiga hari berturut-turut , rabu , khamis and jumaat aku berpanas berpeluh-peluh berlebam muka aku sampai berbelang . even aku setakat jadi tukang jerit . aku tak sumbang menyumbing apa-apa mata untuk rumah sukan aku . malanglah dapat ahli macam aku . tapi hari kejora tu sumbang menyumbing kulit aku jadi berbelang . hari rabu je aku masuk acara lompat jauh . tapi lompat aku harem nak jauh . sumpah aku superb yang boleh lompat jauh sampai 3 point something-something tu . aku setakat 2.30 , 2.40 . errRR buat malu je . percubaan first lompat aku pun aku dah terjerit kuat . mak aihh taktau nak letak mana muka ni . hari khamis , nama aku kena petik untuk lari 400 meter . LOL nak mampos memang tak ahh aku nak lari . untunglah hari tu aku sakit kepala then kena ganti orang lain . aku tak reti nak lari . bak kata nadhrah setakat lari terkedek-kedek terkejar-kejar nak pergi dewan makan tu bolehlah . hari jumaat aku dah tak sakit kepala then aku jadi penyumbang suara bagi sokongan kononnya . takutnya aku tengok orang yang lari laju macam athlete macam nak terbang tu . ehemm . untunglah ada kaki boleh lari cenggituh .
*aku tak masuk lari or apa-apa bukan sebab cover ayu depan pakwe . kaki aku memang tak selaju kaki kauorang nak lari .
*bila aku tutup muka masa panas . takpayah ahh nak label aku jaga kulit sangat . lumrah perempuan takut kulit dia terbakar . harap faham sayangku . :)
* * *
4 CEMERLANG .
4 cemerlang nama kelas aku . dari form aku kelas bijaksana . aku sanggup tak study time exam demi nak turun kelas demi nak dengan geng aku . aku turun kelas ketiga time form two kelas amanah . first exam aku study hard ingat ada rombak kelas . demi nak stay kelas amanah aku study . sekali dapat number satu kena naik kelas bijaksana semula . sampai form three aku kelas bijaksana kelas kedua sebab kelas aku tak amik arab . berkat 8a pmr aku masuk kelas first kelas cemerlang . kelas yang daripada form 1 till form 3 just budak yang amik 9 subject je yang duduk kelas ni . ehemm . gerun memang gerun nak bersama satu kelas dengan budak yang lain otaknya dengan otak-otak udang macam aku ni . 4 cemerlang and 4 bijaksana kelas pure science yang optionnya bio | tk | lk | ea beserta fizik and chemist . tapi atas arahan pengetua tahun ni beliau hendakkan kelas 4 cemerlang only pure science yang optionnya bio . antara muka terpaksa dan redha budak kelas aku yang taknak turun kelas bijaksana terpaksa catch up subject bio and tinggalkan subject option tk | lk | ea diorang tu . aku bersimpati and bersyukur sebab hati aku tetap dekat bio . time form three aku study hard fikir boleh relax honeymoon sekejap masa form four . rupanya lebih hard sepatutnya dengan subject-subject baru . aku rasa relax bila subject math mode , bio , chemist , bm , pai and bi . yang lain rasa berat je kepala ni . demi mama papa aku turutkan . demi kejayaan aku turutkan .
*congrates untuk budak kelas aku walaupun hanya dapat saguhati RM50 tapi berbaloi kita stay up penat-penat . thanks sebab budak luar sanggup datang .
* * *
cukuplah setakat tu cerita terbaru . readers tolong tengok-tengokkan blog aku masa aku takda , masa aku kat hostel kay . agak berhabuk tolonglah cuci . LOL . terima kasih . ASSALAMUALAIKUM .